Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Panaga Health anjur Hari Terbuka

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 23 SEPT – Sebagai sebahagian daripada inisiatif berterusannya untuk melibatkan masyarakat sekitar dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti, Panaga Health telah melancarkan Acara Hari Terbuka yang julung kalinya diadakan hari ini.

    Hadir bagi menyempurnakan pelancaran pada hari pertama acara berkenaan ialah Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Mohammad Yassin bin Haji Ahmed yang dialu-alukan oleh Ketua Pegawai Perubatan Panaga Health, Dr Haji Ahmad Fakhri bin Dato Paduka Haji Junaidi.

    Turut hadir ialah Pengerusi Negara Shell di Brunei Darussalam dan Pengarah Urusan Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP), Agnete Johnsgaard-Lewis, rakan-rakan perniagaan dan kesihatan serta pegawai-pegawai dari pusat kesihatan berkenaan.

    Dalam ucapan alu-aluannya, Dr Haji Ahmad Fakhri menjelaskan bahawa acara dua hari itu telah lama dirancang, yang mana mereka pada awalnya merancang acara itu sebagai sebahagian daripada pelancaran penjenamaan semula Pusat Kesihatan Panaga kepada Panaga Health yang sepatutnya diadakan pada Ogos 2021.

    Gelombang kedua pandemik global telah menyebabkan kedua-dua acara berkenaan ditangguhkan ketika pusat itu mengalihkan fokusnya untuk memberi bantuan dalam krisis pada masa itu.

    Beliau berharap acara itu akan membantu menyediakan peluang kepada Panaga Health untuk menunjukkan perkhidmatannya bukan sahaja kepada komuniti Brunei Shell malah kepada masyarakat sekitar.

    Majlis disusuli dengan tetamu kehormat melancarkan acara berkenaan dengan memotong reben sebelum melawat pelbagai kemudahan dan berbagai-bagai aktiviti yang diadakan di kemudahan masing-masing.

    Hari terbuka itu bertujuan untuk mengetengahkan penampilan moden susulan penjenamaan semula yang dilaksanakan Mac lalu. Ia akan diteruskan lagi esok di seluruh premis Panaga Health dan terbuka kepada orang ramai.

    Awang Mohammad Yassin menyaksikan salah satu aktiviti yang diadakan sebagai sebahagian daripada Hari Terbuka Panaga Health, kelmarin.
    Pengunjung mendengar penerangan semasa mengunjungi petak pameran.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...