MIAMI, 5 Okt – Amerika Syarikat (AS) berdepan perlawanan kelayakan Piala Dunia terpenting mereka dalam tempoh 30 tahun apabila mereka berdepan Panama, yang dahagakan balas dendam dan memburu penampilan pertama bersejarah di Rusia tahun depan.
Dua puluh lapan tahun yang lalu, AS menewaskan Trinidad dan Tobago 1-0 untuk menempah slot mereka di Piala Dunia 1990, penampilan pertama negara itu di pentas terbesar bola sepak sejak 1950. (Klik di sini untuk berita lanjut)