Thursday, September 28, 2023
25.9 C
Brunei

    -

    Panama serah suspek pembunuhan presiden kepada AS

    PANAMA, 5 JAN – Pihak berkuasa Panama kelmarin menyerahkan kepada Amerika Syarikat (AS) seorang bekas anggota tentera Colombia yang disyaki terbabit dalam pembunuhan presiden Haiti, Jovenel Moise di Port-au-Prince pada 7 Julai, menurut Perkhidmatan Imigresen Nasional Panama.

    Mario Antonio Palacios telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tocumen, Panama City pada Isnin lalu, ketika penerbangannya dari Jamaica ke Colombia membuat persinggahan.

    Penahanannya mematuhi waran Interpol yang dibuat AS, lapor Xinhua.

    Sumber berkata, sebaik tiba di Panama, suspek menyatakan kesediaan menyerah diri kepada pihak berkuasa tempatan untuk dihantar ke AS.

    Palacios telah ditangkap di Jamaica pada Oktober, dia dilaporkan masuk secara haram melalui Republik Dominica. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kim gesa pengeluaran senjata nuklear lebih besar

    PYONGYANG, 28 SEPT - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menggesa peningkatan eksponen dalam pengeluaran senjata nuklear dan agar negaranya memainkan peranan yang lebih...