Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Panamera Platinum tampil elegan, eksklusif

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OKT – Porsche Brunei hari ini, telah memperkenalkan Panamera Platinum Edition yang mengetengahkan rekaan menarik dan elegan di Porsche Centre Brunei, hari ini.

    Semasa majlis untuk memperkenalkan versi eksklusif berkenaan, Pengurus Besar QAF Eurokars Sdn Bhd, Lahiru De Silva berkata bahawa edisi istimewa Panamera berkenaan menggabungkan ciri-ciri rekaan Satin Gloss Platinum dengan barisan peralatan standard yang menjadi pilihan ramai penggemar kenderaan itu.

    Ia mengetengahkan pilihan-pilihan yang amat diinginkan oleh para pelanggan, yang ditawarkan sebagai standard, termasuk sistem suspensi udara adaptif dengan Porsche Active Suspension Management (PASM), lampu utama matriks LED dengan Porsche Dynamic Light System Plus (PDLS Plus), sistem atap panoramik, bantuan parkir dengan kamera undur serta bagi model hibrid, pengecas AC dengan kuasa mengecas 7.2kW.

    Di samping itu, ia juga dilengkapi dengan roda sport rekaan eksklusif 21 inci, yang mana semua itu menambah kepada rekaan elegan kenderaan edisi khas berkenaan. Tidak dapat dinafikan bahawa Panamera Platinum Edition mempunyai tarikan dan ciri-ciri yang membuatnya unik dan mudah untuk dikenali daripada aplikasi warna eksklusif platinum, logo Porsche dan jenama model, semuanya memberikan keunikan tersendiri bagi edisi khas itu.

    Rekaan elegan edisi berkenaan tidak hanya terhad kepada rekaan luaran kenderaan tetapi ia juga diserapkan ke dalam rekaan ruangan dalam yang mewah dan eksklusif termasuk stereng sport GT dan Power Steering Plus, sistem Surround Sound BOSE, Lane Change Assist dan standard bagi semua model Edisi Platinum, ia dilengkapkan dengan jam analog pada papan pemuka kenderaan.

    Panamera Platinum Edition menampilkan rekaan menarik dan elegan.
    Lahiru De Silva dalam kereta Panamera Platinum Edition di Porsche Centre Brunei.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...