Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Panas melampau jejas populasi burung

    NEW DELHI, 23 MEI – Gelombang haba melampau yang melanda India sejak beberapa minggu lalu turut menjejaskan populasi burung menyaksikan di kebanyakan tempat burung ‘jatuh’ ke tanah akibat ‘keletihan dan strok haba’.

    Sejak awal musim panas melanda pada Mac, beberapa kawasan di India mengalami gelombang haba melampau dengan suhu mencecah hampir 50 darjah Celsius. Jabatan Meteorologi India (IMD) baru-baru ini memaklumkan suhu yang dicatatkan pada Mac itu adalah paling tinggi pernah direkodkan dalam tempoh 122 tahun.

    Petugas kanan di hospital haiwan Jivdaya Charitable Trust di Gujarat, Sanjay Patel memberitahu Agensi Anadolu berlaku peningkatan mendadak untuk menyelamatkan burung.

    Jumlah itu meningkat 90-100 ekor setiap hari berbanding 25-30 ekor sebelum ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...