Panda di Taiwan lahir anak kedua

TAIPEI, 29 JUN – Seekor panda dihadiahkan oleh China kepada Taiwan, melahirkan anak kedua hasil inseminasi buatan, Zoo Taipei mengumumkan hari ini.

Yuan Yuan dan pasangannya, Tuan Tuan merupakan tarikan utama semenjak tiba dari China pada 2008, sebagai simbol hubungan baik kedua-dua belah pihak pada ketika itu.

Anak panda betina dengan beratnya 186 gram itu dilahirkan kelmarin, selepas beberapa jam proses melahirkan, belum lagi dinamakan. “Kami berharap ibunya akan menjaga anaknya. Tetapi Yuan Yuan mungkin terlalu letih akibat melahirkan…maka selepas penilaian, kami memutuskan untuk mengeluarkan anak panda untuk disusukan oleh penjaga,” kata zoo itu dalam kenyataan.

Ia menambah, anak panda baharu itu dalam keadaan stabil selepas dirawat akibat kecederaan ringan di belakangnya. Yuan Yuan pernah melahirkan seekor panda betina Yuan Zai dalam 2013 – panda gergasi pertama lahir di Taiwan.

Beijing lazimnya hanya meminjamkan pandanya dan sebarang anak panda mesti dihantar kepada China, namun membuat pengecualian terhadap anak panda Yuan Zai yang dikekalkan di Taiwan. – AFP