Panda lepas lari dari zoo

COPENHAGEN, DENMARK, 8 JUN – Salah seekor beruang panda di Zoo Copenhagen terlepas daripada kurungannya awal hari ini dan merayau-rayau di taman sebelum kakitangan berjaya memberikannya sedatif dan membawanya pulang ke zoo.

Xing Er, panda jantan berusia 7 tahun yang tiba di zoo pada tahun lalu, dilihat di video pengawasan lepas lari daripada Rumah Panda yang baru dibina dengan harga 160 juta kroner yang juga menempatkan panda betina Mao Sun.

Jurucakap Zoo, Bengt Holst berkata bahawa kakitangan video boleh melihat bagaimana ‘panda jantan memanjat tiang besi, yang dipasang dengan tiga baris wayar elektrik dan seterusnya merangkak keluar ke sebuah taman.”

Beliau berkata taman itu kini menimbang membuat perubahan kepada keselamatan di sekitar kurungan ‘untuk memastikan ia tidak berlaku lagi.”

Kakitangan zoo bertindak ‘dengan segera dan cekap,’ haiwan berkenaan dikepung dan ditembak dengan dart sedatif tanpa mengalami kecederaan, kata beliau. Kejadian pada hari ini berlaku sebelum taman haiwan itu dibuka kepada orang awam.

“Meskipun apa yang berlaku, kami mahu mengelak situasi yang sama daripada berulang pada masa depan,” kata Holst. Kurungan untuk menempatkan panda dari bandar barat daya China Chengdu, dirasmikan oleh Ratu Margrethe dan orang kenamaan lain pada April 2019. Beijing meminjam panda sebagai tanda muhibah. Mana-mana anak panda yang dilahirkan semasa tempoh pinjaman 15 tahun itu dianggap hak milik China. – AP

Gambar fail menunjukkan panda Xing Er di Zoo Copenhagen. – AP