Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Panda merah lari, sudah ditemui

    WELLINGTON, NEW ZEALAND, 15 OGOS – Seekor panda merah yang melarikan diri dari zoo Australia ditangkap semula kelmarin selepas ia dilihat berpaut di pokok ara di taman berhampiran.

    Dinamakan Ravi, panda berusia 7 tahun itu tiba di Zoo Adelaide minggu lalu selepas ia dibawa masuk dari zoo lain dengan harapan ia akan berpasangan dengan seekor panda merah betina bernama Mishry. Tetapi pada hari Jumaat, Ravi telah hilang.

    Pengarah Zoo Adelaide, Phil Ainsley memberitahu Australian Broadcasting Corp bahawa penjaga zoo cuba menarik Ravi turun dari pokok ara kelmarin dengan beberapa makanan kegemarannya, termasuk buluh dan jagung manis, tetapi tidak berhasil. Akhirnya mereka menggunakan ubat penenang untuk membawanya turun. – AP

    Ravi ditemui duduk di sebatang pokok dekat zoo pada 14 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...