Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Pandelela-Dhabitah raih gangsa 10m platform seirama

    KUALA LUMPUR, 1 JULAI – Gandingan penerjun wanita Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri berjaya menambah koleksi pingat kem terjun Malaysia apabila berjaya meraih pingat gangsa menerusi acara 10 meter (m) platform seirama wanita pada Kejohanan Dunia 2022, lewat malam kelmarin.

    Gandingan antara Pandelela dan Dhabitah di Arena Duna di Budapest, Hungary telah berjaya mengumpul sebanyak 298.68 mata selepas melakukan lima terjunan secara keseluruhan.

    Pingat emas kejohanan tersebut jatuh kepada penerjun dari China menerusi gandingan juara Olimpik serta dunia, Quan Hongchan dan rakannya Chen Yuxi yang mengumpul keseluurhan 368.40 mata.

    Sementara itu, pingat perak pula diraih oleh penerjun dari Amerika Syarikat, Delaney Schnell-Katrina Young yang mengumpul sebanyak 299.40 mata.

    Pada Selasa lalu, kem terjun Malaysia telah memulakan kempen kejohanan dunia itu dengan meraih pingat gangsa menerusi Pandelela bagi acara 10m platform wanita. – Bernama

    Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri (kanan) meraih pingat gangsa menerusi acara 10 meter (m) platform seirama wanita pada Kejohanan Dunia 2022, kelmarin. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...