Pandemik bantutkan usaha cegah denggi

JAKARTA, 12 JULAI – Untuk memperlahankan penularan koronavirus, kerajaan di seluruh dunia mengarahkan lockdown bagi memastikan orang ramai duduk di rumah dan dalam masa yang sama, ia mengekang perkhidmatan seperti pengutipan sampah dan mengurangkan peningkatan pesakit di hospital.

Namun kesan mudarat sekatan seumpama ini sedang menghambat usaha menangani wabak denggi yang bermusim, satu penyakit bawaan nyamuk yang tidak dapat diubat yang juga dikenali sebagai ‘demam breakbone’ kerana simptomnya yang amat menyakitkan.

Negara-negara Asia Tenggara seperti Singapura dan Indonesia sudah pun menangani wabak denggi serentak dengan koronavirus tahun ini. Di Brazil, terdapat lebih 1.6 juta jangkitan COVID-19, sekurang-kurangnya 1.1 juta kes denggi sudah dilaporkan, dengan hampir 400 kematian, menurut Organisasi Kesihatan Pan Amerika.

Kes-kes denggi kemungkinan besar akan meningkat apabila bermulanya musim hujan di Amerika Latin di negara-negara seperti Cuba, Chile dan Costa Rica dan juga negara-negara Asia Selatan seperti India dan Pakistan.

Denggi secara tipikalnya tidak membawa maut, namun kes-kes akut memerlukan kemasukan dan rawatan hospital. Usaha pencegahan dengan memusnahkan tapak pembiakan nyawa, seperti membuang sampah atau tayar-tayar lama dan objek lain yang membuatkan air terkandung, masih cara terbaik untuk mencegah penularan penyakit itu. Namun era lockdown koronavirus dan larangan lain bermakna usaha-usaha ini dikurangkan atau dihentikan sama sekali di banyak negara. Menurut Dr Maria Franca Tallarico, ketua kesihatan bagi pejabat kawasan Amerika bagi Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Persatuan Palang Merah, mengenal pasti beribu-ribu kes virus bermakna pemantauan denggi diabaikan di kebanyakan negara-negara Amerika Latin.

Pakar mengatakan menjejaskan usaha seumpamanya adalah sesuatu yang membimbangkan bagi kempen memerangi denggi global. – AP

Beberapa penduduk tempatan keluar dari sebuah kawasan setinggan ketika anggota perubatan melakukan kerja-kerja penyemburan bagi membasmi penyakit denggi di kawasan berkenaan di Jakarta, Indonesia pada 23 Mac lalu. – AP