Pandemik COVID-19 tangguh satu lagi perlawanan EPL

LONDON, 26 DIS – Penularan COVID-19 di Everton telah memaksa penangguhan perlawanan kelab di Burnley, kata Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Jumaat lalu.

Ia adalah perlawanan ketiga Boxing Day yang ditangguhkan sebagai sebahagian daripada program hari ini yang masih menampilkan enam perlawanan.

Juara bertahan dan pendahulu liga, Manchester City menerima kunjungan daripada pemenang 2016, Leicester antara enam perlawanan yang dijadualkan berlangsung.

EPL kini telah menangguhkan 13 perlawanan kerana isu COVID-19 dalam dua minggu, dengan pemain perlu mengasingkan diri selepas diuji positif atau jika mereka tidak divaksinasi dan merupakan kontak terdekat dengan kes COVID-19.

Everton telah meminta penangguhan berikutan kes jangkitan dan kecederaan dan lembaga liga dengan ‘berat hati meluluskan’ permintaan tersebut.

“Lembaga-lembaga menyemak permintaan kelab hari ini untuk menangguhkan perlawanan berikutan kecederaan lanjutan kepada pasukan mereka.

Mereka membuat kesimpulan bahawa kelab tidak akan dapat memenuhi perlawanan mereka pada hujung minggu ini berikutan jumlah pemain yang tidak mencukupi untuk bermain disebabkan kes COVID-19 dan kecederaan,” kata liga itu dalam satu kenyataan.

Khamis lalu, penularan COVID-19 di Leeds dan Watford memaksa penangguhan perlawanan. Leeds dijadualkan untuk berkunjung ke Liverpool dan Watford pula akan bermain di Wolverhampton. – AP

Penularan COVID-19 di Everton telah memaksa penangguhan perlawanan kelab di Burnley. – AP