Pandemik hancur ‘fabrik masyarakat’

GENEVA, 22 NOV – Selain membunuh jutaan dan memusnahkan ekonomi serta sistem kesihatan, pandemik koronavirus telah memberikan kesan teruk ke atas sosioekonomi dengan golongan wanita dan migran antara yang paling teruk terkesan, kata Palang Merah hari ini,

Persekutuan Palang Merah Antarabangsa dan Persatuan Bulan Sabit Merah mengingatkan dalam satu laporan baharu bahawa kesan sekunder krisis telah menjejas kumpulan yang mudah terdedah dalam kadar yang tidak seimbang.

Pandemik telah menyebabkan ramai kehilangan kerja, mendorong kepada kehilangan pendapatan, katanya, merujuk kepada data yang dikumpul oleh 192 persatuan negara.

Krisis juga menambah ketidakseimbangan makanan, memutus akses kepada pendidikan dan perlindungan terhadap keganasan sementara memburukkan isu kesihatan mental, menurut laporan bertajuk ‘Drowning just below the surface.’

“Penyelidikan kami menunjukkan apa yang kami khuatiri, iaitu kesan sekunder pandemik ini telah merosakkan fabrik masyarakat dan akan dirasai bertahun-tahun lamanya, jika bukan berdekad-dekad akan datang,” kata Presiden IFRC Francesco Rocca.

Laporan memberikan gambaran suram mengenai ‘golongan yang telah pun terjejas disebabkan konflik, perubahan iklim dan kemiskinan, yang telah dihimpit oleh keadaan terdesak,” beritahunya kepada wartawan. –AFP