Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Pandemik, inflasi tidak jejas jenama mewah

    PARIS, 20 FEB – Pandemik dan inflasi meningkat gagal memberikan kesan ke atas jenama mewah, daripada Louis Vuitton kepada Gucci dan Cartier, ketika sektor itu menaikkan harga untuk menambah keuntungan mereka.

    Ekonomi dunia mula pulih daripada pandemik tahun lalu tetapi pemulihan telah diiringi oleh inflasi meningkat, dengan harga untuk bahan mentah dan minyak naik mendadak.

    Namun pengeluar barangan mewah boleh bertindak dengan menaikkan harga mereka untuk menjadikannya lebih menarik kepada pelanggan mereka.

    “Kelebihan kami berbanding kebanyakan syarikat lain adalah kefleksibelan harga tertentu, misalnya kami mempunyai kuasa untuk bertindak terhadap inflasi,” beritahu ketua eksekutif LVMH Bernard Arnault kepada pemberita.

    Penganalisis UBS meramalkan jenama terkenal seperti Louis Vuitton, yang dimiliki pemimpin industri LVMH, telah menambah harga mereka dua setengah kali lebih tinggi daripada kadar inflasi dalam tempoh 20 tahun lalu.

    ‘Kuasa harga masih merupakan salah satu ciri-ciri utama industri barangan mewah,’ kata penganalisis UBS dalam nota penyelidikan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...