NEW YORK – Mac and Cheese, makanan pasta abad ke-18 dengan tujuh hidangan yang hanya menggunakan bahan-bahan dari kedai serbaneka. Hidangan yang benar-benar menyelerakan.
Empat episod rancangan dalam YouTube baharu ‘Stump Sohla’, antara saluran YouTube dari ‘Babish Culinary Universe’ yang semakin berkembang, Sohla El-Waylly kini tersekat dengan rancangan makanan.
El-Waylly menjadi wajah yang tidak asing lagi di YouTube yang semakin ramai diminati penonton yang pada mulanya dikenali di rancangan TV Bon Appetit test kitchen.
El-Waylly telah meninggalkan Bon Appetit pada bulan Ogos.
Rancangan program terbaharunya adalah miliknya sendiri, menggunakan bakatnya sendiri, daya tarikan dan masakan ensiklopedik untuk menyelesaikan cabaran.
“Kreativiti saya datang dari situasi yang sukar,” kata El-Waylly ketika berehat dalam penggambaran episod yang akan datang.
Episod ini satu pertunjukan permainan, dengan roda berputar yang menentukan cabaran yang akan ditempuh oleh El-Waylly dalam masakan.
Dalam episod kedua, di mana dia hanya bergantung pada barang-barang yang dibeli untuk membuat menu cabaran, El-Waylly menuangkan air panas di atas kentang untuk membuang lemak untuk dijadikan kentang putar.
Dia menjangkakan ia tidak menyelerakan, tetapi ketika dia merasakannya, ekspresi kepuasan muncul di wajahnya.
Meninggalkan Bon Appetit untuk saluran YouTube boleh dianggap berisiko, tetapi hasilnya dapat dilihat dengan cepat.
Tiga bulan yang diperlukan untuk membuat ke-seluruhan siri ‘Stump Sohla’ adalah tempoh berapa lama masa yang diperlukan untuk menghasilkan satu video Bon Appetit, kata El-Waylly, memandangkan rintangan be-kerja di sebuah syarikat besar dengan karenah korporat.
Sekarang, dia berkata, “Anda hanya boleh mempunyai idea dan menggunakannya selagi anda masih bersemangat.”
Hanya beberapa minggu selepas ia bermula, ‘Stump Sohla’ mendapat 2.3 juta tontonan setiap episod, dan menambah 30,000 pelanggan baharu ke salurannya dalam satu hari, menurut angka YouTube.
Sejak wabak itu menjejaskan seluruh dunia pada pertengahan bulan Mac, tontonan rata-rata setiap hari telah meningkat lebih dari 100 peratus, menurut data yang disediakan oleh YouTube.
Earnest Pettie, yang memimpin penyelidikan tren global YouTube, mengatakan bahawa trend makanan pada awal pandemik termasuk roti masam, kopi Dalgona, cheesecake bakar, kek cis Basque dan, sekarang, kek pulau mendapat sambutan tertinggi.
Perbezaannya antara kandungan YouTube dan rancangan memasak televisyen, di mana yang anda lihat hanyalah orang yang cantik dan sempurna yang membuat makanan yang indah dan sempurna pada percubaan pertama mereka.
Namun El-Waylly pada bulan Jun memutuskan bahawa dia adalah orang yang sempurna untuk membantu mengembangkan rangkaian makanan digitalnya. – AP