Pandu tanpa insurans, rayuan anggota beruniform ditolak

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OGOS – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menolak rayuan seorang anggota beruniform untuk membatalkan perintah pembatalan kelayakan terhadapnya kerana memandu tanpa memiliki insurans.

Mohammad Hamirul bin Hamzaini membuat permohonan itu dengan alasan bahawa ia telah menimbulkan kesulitan kepadanya.

Ketua Hakim Negara, Dato Seri Paduka Steven Chong menekankan bahawa pembatalan mandatori memandu selama 12 bulan harus diluluskan atas kesalahan di bawah Seksyen 3 (1) Akta Insurans Kenderaan Bermotor (Third Party Risks) melainkan ada ‘alasan khas’.

Kesulitan akibat pembatalan kebenaran memandunya bersifat peribadi baginya dan tidak berkaitan dengan kesalahan tersebut, oleh itu ia tidak boleh menjadi ‘alasan khas’ untuk tidak membatalkannya, jelas Ketua Hakim Negara lagi setelah menolak rayuan itu.

Timbalan Pendakwa Ray Syazwani Jumat dan Raihan Nabilah Ahmad Ghazali mewakili pendakwa raya sebagai responden.