Panduan mewarnakan dinding

MENGECAT dinding antara kaedah mudah untuk menyegarkan ruang kediaman.

Malah, ia boleh dilakukan sendiri. Mengecat juga tidak memerlukan latihan khas asalkan anda mempunyai kesabaran, rajin dan mengikut peraturan atau langkah yang dicadangkan.

Mendapatkan dinding menarik

Ikuti enam langkah ini supaya aktiviti mengecat mampu menghasilkan dinding yang menarik dan pada masa sama ruang kemas serta bersih:

1. Bersihkan permukaan dinding terlebih dulu daripada sebarang unsur yang boleh menyebabkan sapuan tidak rata. Gosok permukaan yang kasar dan tampal lubang atau retakan yang menyebabkan permukaan dinding tidak rata.

2. Tambah bahan pelindung dalam cat supaya kotoran tidak mudah melekat pada dinding yang sudah dicat. Bahan pelindung juga menambah baik kualiti cat bagi mengurangkan warna cat melepuh atau mengelupas.

3. Gunakan kain kanvas berbanding plastik untuk melindungi lantai daripada tompokan cat yang tertumpah. Kanvas tahan lasak, menyerap cat dan tidak perlu dibersihkan selepas digunakan.

4. Elakkan penggunaan tangga jika mengecat ruang tinggi. Sebaliknya gunakan pemegang panjang yang disambung pada penggelek cat. Ini antara langkah keselamatan bagi mengelakkan anda terjatuh jika menggunakan tangga.

5. Gunakan penapis besi untuk mendapatkan celupan cat pada penggelek. Cara ini lebih kemas dan cat tidak mudah tertumpah. – Agensi

Mengecat juga tidak memerlukan latihan khas asalkan anda mempunyai kesabaran, rajin dan mengikut peraturan atau langkah yang dicadangkan.