Wednesday, October 4, 2023
29.8 C
Brunei

    -

    Panduan pelajar tangani gelombang haba

    Oleh Kon Ming Yew

    MALAYSIA – Tip menghadapi gelombang haba berterusan dan fenomena El Nino yang akan datang:

    Cuaca panas terik yang melanda di Malaysia telah menjadi perhatian utama rakyat di negara itu sejak beberapa bulan terakhir.

    Suhu meningkat antara 35 darjah Celsius hingga 37 darjah Celsius di kebanyakkan kawasan, bahkan mencapai 38.4 darjah Celsius di Negeri Sembilan di negara tersebut.

    Bayangkanlah pelajar sekolah rendah yang terpaksa membawa beg sarat dengan buku-buku dalam keadaan cuaca yang panas terik.

    Mereka juga terpaksa mengikuti kelas tanpa penyejuk udara.

    Ming Yew menasihatkan pelajar perlu berusaha untuk memastikan diri terhidrat, selamat dan cergas. – ANN/The Star

    Kisah tersebut berulang bagi ramai pelajar di seluruh Malaysia, termasuk penulis sendiri.
    Gelombang haba juga semakin meningkat pada setiap malam.

    Tambahan pula jika sesebuah bilik itu tidak dilengkapi penyaman udara, tiada tempat untuk melarikan diri daripada ketidakselesaan.

    Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran tahap 1 gelombang haba apabila suhu mencecah antara 35 darjah Celsius hingga 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut di satu lokasi.

    Bahaya gelombang haba tersebut adalah nyata.

    Pada bulan April, seorang anak damit berusia tujuh bulan dari Kota Bharu dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dari Bachok, kedua-duanya di Kelantan, meninggal dunia akibat penyakit haba.

    Keadaan bertambah teruk dengan fenomena cuaca El Nino yang akan berlanjutan sehingga Oktober, menurut ramalan para pakar.

    Sejak tahun 2015, Malaysia telah melalui fenomena El Nino sebanyak 12 kali, yang terburuk berlaku antara tahun 1997 dan 1998. Pada ketika itu, suhu mencapai rekod tertinggi 40.1 darjah Celsius di Chuping, Perlis.

    Dengan suhu yang tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan dalam waktu terdekat, kita perlu berusaha secara berkesan untuk menjaga hidrasi tubuh, keselamatan dan kecergasan diri.

    Minum banyak air, kurangkan kafein

    Tidak dapat ditekankan cukup betapa pentingnya minum air. Menjaga tubuh kita supaya terhidrasi dengan baik membantu menurunkan suhu tubuh.

    Bagi pencinta kopi atau teh, kurangkan konsumsi minuman ini kerana kafein boleh meningkatkan dehidrasi. Hal yang sama berlaku untuk minuman ringan dan alkohol.

    Ambil vitamin C

    Pelajar perlu menjaga kesihatan dengan membekalkan tubuh vitamin yang cukup adalah penting.

    Mereka boleh mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan vitamin C atau memilih suplemen.

    Kekal di rumah

    Jika tidak ke sekolah, pelajar sebaiknya awda kekal di rumah dan gunakan pelindung matahari apabila berada di luar. Pendedahan berlebihan kepada sinar ultraviolet matahari boleh mengurangkan keupayaan badan untuk sejuk.

    Pakailah pakaian yang lebih ringan dengan warna yang lebih cerah, kerana ia menyerap haba yang lebih sedikit.

    Tutup tingkap

    Tutup tingkap pada siang hari ketika cuaca panas dan bukalah ia pada waktu malam ketika cuaca lebih sejuk.

    Tindakan mudah seperti ini dapat membantu mengurangkan suhu dalam bilik.

    Elakkan aktiviti luar

    Kurangkan penyertaan dalam aktiviti yang agak berat seperti sukan. Terdapat banyak cara pelajar boleh kekal cergas tanpa keluar, seperti melakukan yoga di rumah. – ANN/The Star

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di Taiwan

    TAIPEI, 4 OKT - Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di beberapa bahagian di Taiwan pada hari ini ketika pulau itu bersiap sedia menghadapi angin...