Thursday, April 18, 2024
24 C
Brunei

    -

    Panduan sunnah cegah musibah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JAN – Bagi meneruskan kehidupan di zaman yang penuh dengan cabaran dan musibah ini, kita perlu bersandarkan kepada panduan.

    Dalam hal ini, Rasulullah SAW telah memberitahu dua panduan dalam menjalani kehidupan iaitu Al-Quran dan sunnah.

    Perkara itu adalah antara perkara yang dibahaskan dalam tazkirah bertajuk ‘Panduan Sunnah dalam Mencegah Musibah’ disampaikan oleh Pegawai Operasi Agama dari Jabatanarah Agama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Kapten Mohammad Ayza Azrine bin Ayahani semasa acara Malam Munajat anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), malam tadi.

    Hadir sama pada majlis minggu tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud.

    Dalam tazkirah berkenaan, Kapten Mohammad Ayza Azrine menjelaskan bahawa prosedur operasi standard (SOP) atau panduan yang diamalkan pada masa ini untuk mencegah bahaya COVID-19 adalah berkaitan dengan sunnah Rasulullah SAW seperti kawalan merentas sempadan dan pemakaian pelitup muka.

    Konsep bersama melindungi yang diamalkan sejak dilanda wabak COVID-19 juga bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW agar menjauhi sebarang bentuk kemudaratan atau memudaratkan orang lain, seperti mana sabda Baginda yang bermaksud, ‘Tidak boleh mudarat dan tidak boleh memudaratkan.’

    “Kita sebagai umat Islam harus percaya dan yakin bahawa sunnah Rasulullah SAW pasti akan membawa kepada kesejahteraan, keselamatan dan keamanan Insya-Allah,” jelas beliau.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua dan Yang Berhormat Menteri di JPM hadir pada acara Malam Munajat anjuran KHEU. – Gambar serahan KHEU
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...