Panel WHO dijangka putuskan penggunaan vaksin China

GENEVA, 7 MEI – Satu panel utama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini dijangka memutuskan sama ada akan meluluskan penggunaan kecemasan vaksin COVID-19 buatan China, seorang jurucakap WHO menjelaskan, berpotensi membuka laluan bagi berjuta-juta dos vaksin tersebut sampai ke negara memerlukan melalui program yang disokong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Satu kajian oleh sebuah kumpulan penasihat teknikal boleh membuka kemungkinan vaksin Sinopharm dimasukkan ke dalam program disokong PBB, COVAX dalam masa beberapa minggu atau bulan akan datang serta diagihkan melalui pejabat serantau WHO bagi Amerika dan agensi kanak-kanak PBB, UNICEF.

Jurucakap WHO, Christian Lindmeier mengatakan keputusan mengenainya akan dimuktamadkan lewat hari ini.

Selain daripada maklumat keberkesanan, Sinopharm hanya mengeluarkan sedikit data awam mengenai dua vaksinnya – satu dibangunkan oleh Institut Produk Biologi Beijing dan satu lagi oleh Institut Produk Biologi Wuhan. – AP