Friday, December 6, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Panggilan telefon klinik tidak berjawab

    Saya ingin bertanya kepada pihak berkenaan mengenai masalah yang sering saya hadapi apabila cuba menghubungi Pusat Kesihatan Jubli Perak, Sengkurong.

    Sudah beberapa kali saya cuba menghubungi klinik tersebut menerusi nombor telefon yang disediakan, namun panggilan saya tidak diangkat, walaupun pada waktu bekerja yang sepatutnya.

    Masalah ini amat menyukarkan saya, terutamanya ketika saya ingin menukar jadual perjanjian untuk anak saya.

    Persoalan saya, adakah nombor telefon yang ada sudah diubah nombornya atau tidak digunakan lagi?

    Atau adakah ada cara lain untuk menghubungi pihak kesihatan di sana atau alternatif yang mudah untuk memaklumkan sebarang perubahan perjanjian?

    Saya percaya bahawa komunikasi yang lancar adalah sangat penting, terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan kesihatan dan perubatan.

    Saya memohon agar pihak klinik tersebut mengambil tindakan sewajarnya seperti mememperluaskan penggunaan BruHealth untuk pengubahan perjanjian atau menambah bilangan petugas yang bertanggungjawab menjawab panggilan telefon atau memastikan telefon diangkat dalam masa yang singkat.

    Saya juga berharap masalah ini dapat diselesaikan dengan segera agar orang ramai dapat menikmati perkhidmatan yang lebih baik dan mudah diakses.

    Tuan Adam

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda