Panggung wayang di Yaman beroperasi semula

ADEN – Pada malam perasmian, pengarah Yaman, Amr Gamal menarik nafasnya untuk melihat jika ada seseorang akan hadir untuk menonton filemnya, yang ditayangkan dalam teater sementara di negara yang bergolak dengan peperangan itu.

Lebih seminggu kemudian, tempat penyambut tetamu di sebuah dewan yang ditukar menjadi panggung itu masih padat pada waktu malam ketika penduduk di selatan bandar Aden membawa anak-anak, sahabat dan jiran mereka untuk menonton 10 Days Before the Wedding,’ arahan Gamal.

Filem tersebut, yang menceritakan mengenai sepasang kekasih yang bergelut untuk mendirikan rumah tangga di tengah–tengah peperangan dan akibatnya, adalah filem pertama yang dihasilkan Gamal dan satu-satunya dari beberapa produksi Yaman untuk ditayangkan dalam tempoh dua dekad ini.

“Ketakutan besar kami adalah yang pertama dan utama iaitu jika tidak seorang pun akan hadir untuk menonton filem ini,” katanya selepas tayangan lebih awal bulan ini.

“Kami merasakan tidak mungkin kami akan menerima kehadiran yang besar kerana semua orang merasa begitu takut,” Gamal memberitahu AFP.

Pengarah warga Yaman, Amr Gamal (kiri) bergambar bersama dengan salah seorang pelakon filemnya selepas tayangan di salah sebuah panggung wayang di selatan bandar Aden. – AFP
Gamal memuji penduduk Yaman kerana menjadikan filemnya satu kemungkinan. Ketika melihat kamera dan aktor di jalan–jalan, mereka membawakan air, memberi sokongan dan dalam sebahagian keadaan menawarkan kedai dan kediaman mereka bagi penggambaran tanpa bayaran. – AFP
10 Days Before the Wedding menceritakan mengenai kehidupan Rasha dan Maamoun, dua pemuda Yaman yang menyaksikan hari perkahwinan mereka terpaksa ditangguhkan pada tahun 2015, apabila tentera Arab Saudi dan sekutunya menyertai peperangan di antara kerajaan Yaman dan pemberontak dalam usaha untuk mengukuhkan ketenteraan. – AFP

Seorang lelaki warga Yaman memperlihatkan tiket filem 10 Days Before the Wedding di hadapan panggung wayang di selatan bandar Aden. – AFP

“Tetapi kejadian tidak dijangka berlaku.”

10 Days Before the Wedding menceritakan mengenai kehidupan Rasha dan Maamoun, dua pemuda Yaman yang menyaksikan hari perkahwinan mereka terpaksa ditangguhkan pada tahun 2015, apabila tentera Arab Saudi dan sekutunya menyertai peperangan di antara kerajaan Yaman dan pemberontak dalam usaha untuk mengukuhkan ketenteraan.

Percubaan kedua pasangan tersebut untuk berkahwin, selepas konflik tersebut tenang di kubu kerajaan, Aden, begitu sukar akibat perang, termasuk kemiskinan, pembunuhan dan pertempuran sekali–sekala.

“Selalu berlaku peperangan sehari selepas ia berakhir secara rasminya, selepas keganasan berakhir secara teknikalnya,” kata Gamal mengenai filemnya.

“Dan malangnya terlalu banyak cita-cita, impian, musnah akibat peperangan di seluruh dunia Arab.”

Cerita tersebut menyentuh perasaan rakyat Yaman di Aden, yang memenuhi panggung pada setiap dari lapan tayangan filem tersebut dijadualkan.

Dengan kanak-kanak dan anak damit dibawa, mereka memegang bertih jagung dari tempat duduk laluan jalan kaki sebelum menuju ke dalam untuk melihat tayangan, mendapatkan sorakan penonton ketika tayangan berakhir.

“Filem tersebut luar biasa. Ia adalah kejadian benar sehingga realiti, ia selari dengan kehidupan kami di sini di Aden, bandar raya yang begitu terjejas. Ia adalah sesuatu yang benar layak untuk didengar dan dilihat,” kata seorang penonton selepas tayangan.

Seorang penggemar filem, membawa anak damit perempuannya, memuji filem itu sebagai ‘sesuatu yang tidak dapat digambarkan’.

Sementara filem itu telah membuktikan menjadi hit tempatan, Gamal bergelut untuk mendapatkan apa yang digambarkannya sebagai dana ‘sederhana’ bagi pembikinan filemnya, yang mana penggambarannya dilakukan ketika zaman peperangan Yaman.

Filem tersebut diteruskan dengan bajet pembikinan dilaporkan AS$30,000 (25,650 euro) dan tanpa teater untuk menayangkannya, ketika panggung-panggung wayang tempatan ditutup kerana pengurangan bajet atau musnah.

Gamal dan rakannya sebaliknya menukar tempat perkahwinan tempatan menjadi teater sementara, menyusun kerusi malam berwarna merah menjadi sebaris dan memasang skrin projektor.

Pasukan produksi juga terpaksa berdepan dengan pergelutan setiap hari sepanjang hidup di negara yang terjejas akibat konflik, dari ketiadaan tenaga sepanjang beberapa jam sehingga kegagalan rangkaian selular.

“Kami sebenarnya terpaksa memandu ke rumah–rumah aktor bagi memaklumkan mereka mengenai perubahan jadual atau lokasi kerana kerap tidak terdapat isyarat,” kata Gamal.

Dia memuji penduduk Yaman kerana menjadikan filemnya satu kemungkinan. Ketika melihat kamera dan aktor di jalan–jalan, mereka membawakan air, memberi sokongan dan dalam sebahagian keadaan menawarkan kedai dan kediaman mereka bagi penggambaran tanpa bayaran.

Ia begitu gila untuk menghasilkan satu filem di Yaman sekarang, dengan keadaan yang ada sekarang,” kata Gamal.

“Tetapi ia adalah cara untuk kembali bersuara, terhadap cabaran (realiti) dan saya rasa ia bergema dengan para penonton. Mereka merasakan seperti ia mewakili mereka,” tambahnya.

Pengarah–pengarah Yaman telah berjuang selama beberapa dekad untuk mewakili negara mereka dan rakyatnya, di layar perak.

Berikutan perpaduan utara dan selatan yang pernah merdeka pada tahun 1990, Yaman sebenarnya kehilangan panggung-panggungnya kepada fatwa, pengabaian, kemiskinan dan peperangan.

Tetapi pembikin filem negara itu enggan untuk menyerah, dengan pengeluaran filem–filem berbahasa Arab sejak beberapa tahun kebelakangan.

Calon Oscar Karama Has No Walls, sebuah dokumentari pendek oleh Sara Ishaq, menceritakan mengenai penentang yang tidak bersenjata yang berada di jalan–jalan raya Sanaa, akhirnya menjadi mangsa tembakan penembak tepat.

Karama’ bermakna maruah. Ia adalah tema bantahan pada 18 Mac 2011 di ibu negara Yaman yang menjadi hari paling berdarah dalam sejarah negara itu, di luar peperangan.

Penghasil dokumentari Yaman, Khadija al-Salami juga menjadi tajuk utama dengan filemnya I am Nojoom, Age 10 dan Divorced dihasilkan pada tahun 2014.

Filem tersebut menceritakan mengenai Nojood Ali, seorang pengantin kanak–kanak berusia 10 tahun yang menentang keputusan ayahnya untuk mengahwinkannya, satu keadaan yang masih lagi dibenarkan di Yaman.

Seorang budak perempuan dengan sendiri pergi ke mahkamah, meminta seorang peguam dan menjadi kanak-kanak Yaman yang diberikan kebenaran untuk berpisah.

Filem tersebut mendapatkan pengiktirafan antarabangsa bagi Salami, yang dirinya juga adalah bekas pengantin kanak-kanak. – AFP