Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Panglima AS akhiri lawatan rasmi

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OGOS – Lawatan rasmi tiga hari Panglima United States Indo-Pacific Command (US INDO-PACOM), Laksamana John C Aquilino ke Negara Brunei Darussalam telah berakhir kelmarin.

    Menurut kenyataan dikeluarkan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini, selepas mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Laksamana John C Aquilino turut mengadakan lawatan ke Kementerian Pertahanan, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dengan membincangkan beberapa aspek pengukuhan kerjasama keselamatan kedua-dua negara dan perubahan iklim.

    Beliau juga memberi tumpuan kepada aspek usaha bagi meningkatkan kerjasama latihan dan perkongsian perisikan untuk bertindak balas dan mencegah sebarang ancaman yang berlaku.

    Manakala pada hari terakhir kelmarin, beliau berkesempatan mengadakan lawatan ke Masjid Omar ‘Ali Saifuddien di ibu negara dan mempelajari keindahan sejarah Islam di Negara Brunei Darussalam dan mendapat penghayatan unsur-unsur budaya dan seni bina yang menjadi tarikan dan keunikan masjid tersebut.

    Duta Besar Istimewa dan Mutlak AS ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Caryn R McClelland dalam kenyataan yang dikeluarkan kedutaan di sini menjelaskan, mereka berbesar hati menerima lawatan rasmi Laksamana John C Aquilino di Negara Brunei Darussalam buat julung kalinya sebagai Panglima Indo-Pasifik AS.

    “Lawatan beliau jelas menekankan mengenai komitmen AS terhadap kerjasama keselamatan antara kedua-dua buah negara.

    Ia merupakan salah satu perancangan kami untuk terus membina kebolehoperasian bersama pasukan kami dan meningkatkan kesedaran serta kerjasama keselamatan serantau,” tambahnya.

    Laksamana John C Aquilino bersama PYT Caryn R McClelland semasa mengadakan lawatan ke Masjid Omar ‘Ali Saifuddien. – Gambar serahan Kedutaan AS
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...