PARIS, 14 NOV – Kediaman pewaris empayar jenama mewah Louis Vuitton di Paris dipecah masuk pada hujung minggu, kata sumber yang rapat dengan kes itu hari ini, dengan perompak melarikan jam tangan mewah, barang kemas dan beg.
Benoit-Louis Vuitton, keturunan generasi keenam pengasas firma fesyen itu, tinggal di daerah ketujuh ibu negara berdekatan dengan muzium tentera Invalides.
Nilai sebenar barang kemas yang dicuri masih dalam penilaian, tetapi ia dianggarkan bernilai sekurang-kurangnya beberapa juta euro, kata sumber.
Rompakan berlaku semalam apabila apartmen itu kosong, katanya, menambah beberapa beg yang dicuri adalah ‘jenis prototaip amat berharga.’ – AFP