Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 FEB – Dalam memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-37, Persekutuan Peniaga-peniaga Melayu Brunei (PPPMB) telah mengadakan majlis kesyukuran di Serikandi Cafe & Restaurant, RBA Golf Club, Berakas, hari ini.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.
Juga hadir ialah Duta Besar Republik Islam Iran ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Homeira Rigi Zirouki; Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh ke Brunei Darussalam, PYT Nahida Rahman Shumona; Heng Aik Yeow dan lebih kurang 60 orang ahli PPPMB.
Pada majlis itu, bacaan Doa Kesyukuran beramai-ramai telah dikepalai oleh Awang Syu’aib bin Haji Abdullah.
Sementara itu, bagi menyerikan majlis, puisi turut dibacakan oleh Pengerusi Tetap PPPMB, Haji Abdul Rahman bin Mohd Yusof.
Majlis diakhiri dengan ramah mesra bersama ahli-ahli Majlis Presiden, ahli-ahli jawatankuasa tertinggi dan ahli-ahli PPPMB sebelum ditutup dengan sesi bergambar ramai bersama tetamu kehormat majlis.
