Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Panjat syukur sempena Hari Puja Usia DPMM

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 FEB – Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli) mengadakan Majlis Sembahyang Maghrib dan Isyak berjemaah, membaca Yasin dan Doa Kesyukuran Sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah yang ke-48 tahun di Pusat Perkhidmatan Pembelajaran Pelajar, Maktab Duli, kelmarin.

    Menurut kenyataan Maktab Duli, majlis itu dihadiri oleh Pemangku Pengarah Sekolah-sekolah, Dr Sheikh Lukman bin Sheikh Abdul Hamid. Turut hadir ialah lima pegawai dari jabatan-jabatan di Kementerian Pendidikan serta Pengetua Maktab Duli, Dayangku Hajah Nooramaliatifah binti Pengiran Haji Ahmad; Timbalan Pengetua Pentadbiran, Dayangku Zalina binti Pengiran Haji Aliuddin dan Pemangku Timbalan Pengetua Akademik, Dr Mohd Zamri bin Haji Ismail, pembimbing dan para pelajar Maktab Duli.

    Majlis yang dihadiri oleh seramai 70 orang itu dimulakan dengan sembahyang Maghrib berjemaah yang dipimpin oleh Syed Mohsen bin Syed Abdul Rahman Al Kaff yang diikuti dengan solat Sunat Hajat, bacaan Surah Yasin dan Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh Haji Amran bin Jalil.

    Antara yang menghadiri majlis kesyukuran sempena Haji Puja Usia DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah yang ke-48 Tahun. – Gambar serahan Maktab Duli
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...