Panjat syukur sempena WTISD
Oleh Ak Zaki Kasharan BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MEI – Bagi memperingati Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia (WTISD) 2021, Pihak Berkuasa Industri Teknologi Infokomunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI) hari ini, telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Hadir pada majlis itu ialah Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri



































