Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Pantau kapasiti pelanggan menjelang Ramadan

    Tidak sampai sebulan kita akan menyambut kedatangan bulan mulia iaitu bulan Ramadan. Di samping meningkatkan amal ibadat kita pada bulan mulia ini, sesetengah orang khususnya para peniaga tidak melepaskan peluang untuk meningkatkan hasil pendapatan mereka dengan berniaga di gerai-gerai Ramadan.

    Namun, timbul persoalan di sini adakah gerai-gerai Ramadan ini akan diadakan seperti tahun-tahun yang sudah memandangkan sejak kebelakangan ini negara kita mencatatkan kes baharu COVID yang tinggi dan secara langsung menimbulkan ketakutan pada setiap diri masyarakat?

    Jika gerai-gerai Ramadan ini diadakan dengan menerapkan langkah-langkah SOP sebagaimana yang digunakan pada gerai jualan Bandarku Ceria adakah menjamin kehadiran pengunjung dapat dikawal dengan jayanya? Hal ini kerana jika melihat daripada keadaan gerai jualan Bandarku Ceria kehadiran pengunjung masih boleh dikatakan dalam bilangan yang rendah.

    Berbanding dengan gerai-gerai Ramadan yang setentunya kita ketahui jumlah keramaian pengunjungnya akan berlipat-lipat ganda berbanding dengan kunjungan ke gerai-gerai jualan yang diadakan pada bulan-bulan yang biasa.

    Jikalau had keramaian tidak dapat dikawal dengan baik, bukankah risiko kepada jangkitan akan lebih tinggi kepada para pengunjung meskipun mengikut SOP yang telah ditetapkan. Saya ingin ingin tahu setakat mana pihak relevan mengendalikan gerai-gerai Ramadan pada gelombang ketiga ini.

    Sudah menjadi kelaziman setiap kali tibanya bulan Ramadan, gerai Ramadan menjadi tumpuan orang ramai untuk mendapatkan juadah berbuka puasa. – Gambar fail

    Sedangkan pada tahun lalu, meskipun SOP telah diketatkan namun ada sesetengah pengunjung masih mengambil ringan pematuhan SOP dan penjaga pintu masuk pula tidak begitu tegas.

    Sehubungan itu, jika gerai-gerai Ramadan ini tidak diadakan, apakah inisiatif yang dibuat oleh pihak relevan bagi membantu para peniaga di negara ini?

    Sebagai contoh pada gelombang pertama COVID di negara ini, kebanyakan perniagaan dilakukan secara dalam talian, penghantaran dan pandu lalu.

    Dalam masa yang sama, merujuk kepada surat pembaca bertajuk Pastikan kapasiti makan di kedai dipantau oleh Ingin tahu yang disiarkan dalam Media Permata bertarikh 2 Mac lalu, perkara ini juga membuatkan saya terfikir tentang kapasiti tempat duduk restoran melebihi had dari dalam kedai.

    Jika dikaitkan bulan Ramadan, setentunya sesetengah pelanggan tidak melepaskan peluang untuk berbuka puasa di restoran-restoran dan pastinya had keramaian yang hadir ke restoran-restoran turut melebihi dari hari-hari biasa.

    Tidak menjadi mustahil pasti sesetengah restoran juga mengambil kesempatan membuka tempat duduk melebihi daripada had dalam kedai mereka, justeru bukankah keadaan ini lebih membahayakan?

    Dalam masa yang sama, adakah menjanjikan para pelanggan selesai makan sahaja akan terus beredar dari tempat mereka duduk, setentunya sesetengah pelanggan akan berehat seketika selepas menikmati makanan mereka.

    Saya bersetuju dengan pandangan Ingin tahu yang menyatakan pelanggan yang duduk di luar kedai boleh berisiko kerana lebih terbuka kepada pengunjung lain khususnya restoran yang berada di gedung-gedung membeli belah.

    Oleh itu, diharap pihak relevan akan mengusulkan perkara ini dalam sidang media bagi langkah persediaan sebelum memasuki bulan Ramadan.

    Hadi Zahrin

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...