Pantau kebersihan proses pembungkusan di kedai-kedai

Baru-baru ini saya pergi ke sebuah kedai di Kampung Bunut-Meradun untuk membeli gula yang telah dibungkus kecil-kecil mengikut kuantiti yang diperlukan.

Saya sudah terbiasa dengan kedai berkenaan dan setentunya saya tahu di mana gula itu akan disimpan. Namun, ketika itu gula yang dibungkus belum ada yang tersedia dan lalu saya menanyakan kepada pekerja kedai untuk mendapatkan sekilo gula. Lalu pekerja berkenaan mengatakan gula tersebut dalam proses pembungkusan dan dia terus mengambilkan saya sebungkus.

Ketika menunggu pekerja yang mengambil gula untuk saya, saya mengelilingi kawasan sekitar untuk mencari barangan lain. Secara tidak sengaja saya terserempak dengan seorang pekerja kedai yang lain sibuk membungkus gula menggunakan tangan yang tanpa memakai sarung tangan mahupun bekas khas.

Tanpa berfikir panjang saya terus menegur pekerja berkenaan dan memanggil atasan mereka.

Apa yang menyedihkan bukan pula pekerja berkenaan diambil tindakan atau ditegur malah seolah-olah teguran saya tidak diendahkan begitu saja. Saya pun membatalkan niat saya untuk berbelanja di kedai tersebut.

Nampaknya, kepekaan dan kesedaraan mereka tentang kebersihan mengendalikan makanan terutama dalam membendung penularan COVID-19 masih lagi tidak memuaskan.

Demi kemaslahatan