Pantau kelancaran bacaan

 

BANDAR SERI BEGAWAN 15 April – Seramai 298 orang peserta terdiri daripada penduduk Kampung Sungai Akar dan kawasan sekitarnya hari ini, menyertai dalam sesi 1 Pemantauan dan Tasmik bagi Majlis Khatam Al-Quran 72 Kali Khatam Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-72 tahun 2018 anjuran Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah.

Dalam sesi 1 itu, seramai 169 orang terdiri daripada peserta yang berumur 41 tahun ke atas, 76 orang terdiri daripada belia berumur antara 18 hingga 40 tahun dan 53 orang peserta terdiri daripada kanak-kanak yang umur 17 tahun ke bawah.

(Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)