Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Pantau paras oksigen dalam darah

    Oleh Nurdiyanah R.

    Sejak penularan COVID-19 menggoncang dunia, pastinya situasi ini membuatkan majoriti masyarakat yang dulunya tidak menitikberatkan kesihatan kini bagaikan seorang ‘pakar kesihatan’.

    Dalam setiap rumah yang kini mungkin bak sebuah farmasi, terdapat segala ubat-ubatan seperti panadol, parasetamol, alat memeriksa suhu badan, alat oksigen mampu milik, kit ART dan banyak lagi bagi sebarang persediaan untuk kegunaan rawatan jika jatuh sakit akibat virus COVID-19.

    Segalanya demi sama-sama melindungi dan mengawal diri dan insan-insan sekelilingi daripada segala ancaman wabak yang berlaku yang tidak mengira tempat dan waktu.

    Sehubungan itu, kerajaan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Kesihatan kini terus menanai amanah dalam memeduli kesihatan sekaligus meringankan bebanan masyarakat di yang dijangkiti dan melakukan tempoh pengasingan di kediaman masing-masing, salah satunya menerusi penghantaran pakej bantuan kesihatan seperti kit ujian pantas antigen (ART) dan oksimeter nadi.

    Oleh itu, bagi menjelaskan penggunaan oksimeter nadi yang sememangnya bukanlah suatu yang asing lagi bagi kalangan masyarakat kini, alangkah baiknya jika kita memahami akan penggunaan oksimeter dengan betul.

    Maka apabila seseorang dijangkiti COVID-19, ia boleh menjejaskan paru-paru dan kemerosotan paras oksigen di dalam darah.
    Oksimeter nadi adalah satu alat mudah yang boleh digunakan di rumah untuk memantau paras oksigen di dalam darah seseorang.
    Kementerian Kesihatan turut mengingatkan orang ramai jika terdapat ahli keluarga di rumah yang mempunyai bacaan paras oksigen yang rendah di dalam darah misalnya 90 peratus pada oksimeter nadi walaupun selepas diulangi bacaan maka sebaiknya menghubungi segera 991.
    Pastinya ketika bacaan oksimeter nadi diambil, kuku jari tidak diwarnakan atau digilap.

    Oksimeter sebagai alat pemantau paras oksigen

    Menurut perkongsian kenyataan dari Kementerian Kesihatan, baru-baru ini, menjelaskan oksimeter nadi adalah satu alat mudah yang boleh digunakan di rumah untuk memantau paras oksigen dalam darah seseorang.

    Maka apabila seseorang dijangkiti COVID-19, ia boleh menjejaskan paru-paru dan kemerosotan paras oksigen di dalam darah.

    Dalam sesetengah kes, hipoksia senyap (silent hypoxia) boleh terjadi di mana seseorang yang dijangkiti COVID-19 boleh menghidapi paras oksigen di dalam darah yang rendah tanpa tanda-tanda masalah pernafasan seperti sesak nafas.

    Oleh yang demikian, adalah sewajarnya dilakukan pemantauan kendiri bagi paras oksigen di dalam darah semasa pengasingan di rumah.

    Ini merupakan cara yang terbaik untuk mengesan hipoksia senyap lebih awal agar rawatan segera dapat diberikan untuk menanganinya.

    Sebaik-baiknya pemeriksaan kendiri sedemikian perlu dilakukan tiga kali sehari.

    Teliti dalam penggunaan dan teknik bacaan

    Kebiasannya, oksimeter nadi akan mempunyai dua bacaan nombor apabila ia digunakan. Satu set nombor di bawah huruf SpO2 atau oxygen saturation iaitu merujuk pada paras oksigen di dalam darah secara peratus.

    Manakala set nombor yang lain pula di bawah huruf PR atau pulse rate menunjukkan kadar nadi iaitu denyutan dalam masa seminit.

    Di samping itu, Kementerian Kesihatan turut menekankan agar menggunakan oksimeter nadi dengan cara yang betul.

    Bermula dengan menghidupkan oksimeter nadi dan meletakkannya pada jari di mana kuku diletakkan di bawah skrinnya.

    Pastinya ketika bacaan oksimeter nadi diambil, jari kita tidak dalam keadaan sejuk dan begitu juga kuku jari tidak diwarnakan atau digilap serta diri kita berada dalam keadaan duduk dan tenang.

    Sementara bacaan hendaklah dibiarkan stabil selama kira-kira seminit sebelum mengesahkannya.

    Dalam pada itu, nombor penting untuk dipantau adalah nombor di bawah huruf SpO2 iaitu bagi seseorang yang mempunyai fungsi paru-paru normal di mana tahap normal adalah 94 hingga 99 peratus.

    Jika bacaan rendah diperoleh iaitu kurang daripada 93 peratus, terdapat beberapa sebab yang boleh menjejaskan bacaan yang tepat antaranya berkemungkinan tangan yang sejuk, kuku yang digilap atau diinai, tekanan darah rendah, berada dalam posisi baring atau memang mempunyai paras oksigen yang rendah di dalam darah.

    Jika ini berlaku, bacaan hendaklah diulang pada jari yang lain selepas memanaskan tangan dan dilakukan dalam posisi duduk.

    Namun sekiranya bacaan kali kedua masih rendah, individu yang menggunakan oksimeter nadi berkemungkinan mempunyai tahap oksigen yang rendah maka dalam hal ini, kita perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan segera meski pun tiada tanda-tanda sesak nafas dialami.

    Di samping itu, Kementerian Kesihatan turut mengingatkan orang ramai jika terdapat ahli keluarga di rumah yang mempunyai bacaan paras oksigen yang rendah di dalam darah misalnya 90 peratus pada oksimeter nadi walaupun selepas diulangi bacaan maka sebaiknya menghubungi segera 991 dan memaklumkan keadaan ahli keluarga awda disahkan dijangkiti COVID-19 dan sedang menjalani pengasingan diri di rumah pada ketika itu.

    Seterusnya memaklumkan lagi awda telah memeriksa oksimeter nadi mereka dan bacaannya adalah rendah se-telah bacaan dilakukan berulang-ulang. Begitu penting juga, awda memastikan ahli keluarga berehat sementara menanti kedatangan pakar perubatan atau ambulans.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...