Saturday, December 2, 2023
22.9 C
Brunei

    -

    Pantau penggunaan pembungkus styrafoam

    Isu penggunaan pembungkusan styrafoam dalam kalangan peniaga-peniaga makanan di negara kita mungkin bukan sesuatu yang asing lagi.

    Setahu saya penggunaan bungkusan styrafoam ini juga ditegah oleh pihak relevan kerana potensi pencemaran bahan kimia yang terdapat di dalamnya. Meskipun para peniaga sudah mengetahui bahayanya namun sesetengah peniaga tidak kira sama ada restoran-restoran mahupun peniaga kecil-kecilan masih menggunakannya sebagai wadah pembungkusan.

    Mungkin kerana harganya yang lebih murah dan dapat mengekalkan suhu makanan agar tetap hangat.

    Hasil pemantauan penulis, pembungkus styrafoam ini tampaknya berleluasa digunakan oleh sesetengah peniaga di pasar Gadong dan seolah-olah tiada pemantauan pihak relevan sehingga mereka bebas menggunakannya.

    Teguran ini bukanlah berniat menjatuhkan, namun saya kira peniaga juga perlu mementingkan keselamatan pelanggannya dan tidak memikirkan keuntungan sahaja.

    Mungkin pandangan saya ini akan dikecam, namun bahaya styrafoam ini yang saya fikirkan.

    Peniaga perlu memikirkan bahayanya bahan styrafoam ini tidak setahan yang dianggap kerana jika bahan tersebut bercampur dengan makanan atau minuman yang panas, tidak mustahil ia akan mencair dan bersatu dengan makanan, yang dikatakan boleh mengakibatkan kanser.

    Justeru para peniaga perlu peka dengan keselamatan pelanggan khususnya dalam memastikan kebersihan dan keselamatan produk jualan mereka.

    Di samping itu, diharap pihak relevan dapat membuat pemantauan berterusan terhadap peniaga di negara ini.

    Hajah

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    New Zealand larang guna telefon bimbit di sekolah

    WELLINGTON, 1 DIS – Telefon bimbit akan dilarang di sekolah-sekolah di seluruh New Zealand, kata Perdana Menteri konservatif Christopher Luxon hari ini, ketika kerajaannya...