Pantau pengusaha bengkel-bengkel kereta

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, banyak berita berkaitan dengan kebakaran kereta disiarkan di akhbar-akhbar tempatan dan di laman media sosial. Punca kebakaran tersebut rata-rata dikenal pasti disebabkan pendawaian dan masalah enjin kereta.

Mungkin pihak berkenaan sudah menyeru rakyat dan penduduk di negara ini untuk sentiasa melakukan pemeriksaan keadaan enjin dan pendawaian kereta pada pakar yang dipercayai. Namun, sejauh mana pelanggan dapat meletakkan sepenuh kepercayaan kepada bengkel-bengkel kereta sedangkan sesetengah mereka ada yang mengambil kesempatan.

Saya sendiri mengalami perkara ini, apabila enjin yang digantikan tidak digantikan dengan yang baharu malah sebahagian perkakasan dalam kereta turut diambil dan diganti dengan barangan lama apabila melakukan pemeriksaan di salah sebuah bengkel kereta.

Saya hanya mengetahui perkara itu apabila masalah sama berulang dan saya pergi ke sebuah bengkel lain yang mengatakan enjin rosak dan ada lagi yang lain juga rosak.

Apabila dirujuk semula ke bengkel pertama, mekanik mahupun pemilik bengkel langsung tidak mengakui dan bertanggungjawab malah memerlukan bukti sahih barang tidak diganti sama sekali walaupun saya sudah membawa barang yang masih rosak tersebut.

Sila pantau