Monday, November 28, 2022
31.8 C
Brunei

-

Pantau penjualan barangan luar

Semenjak pembukaan sempadan negara, semakin ramai rakyat di negara ini mula berbelanja di negara-negara jiran, di samping itu juga warganegara asing sudah kelihatan beramai-ramai datang memasuki negara kita.

Sehubungan itu juga, apa yang menarik perhatian saya, barangan luar negara turut dijual terutama seperti makanan sejuk beku, kudapan dan sebagainya oleh sesetengah pihak secara berleluasa.

Mereka ini kemudiannya menjualnya secara online dan ada yang dijual secara terbuka di kedai-kedai.

Terlintas di fikiran saya, bagaimana barangan makanan ini begitu mudah masuk ke negara kita dan begitu bebas dijual, sedangkan barangan makanan ini perlu menjalani proses pemeriksaan ketat daripada pihak tertentu.

Jika dikatakan pemeriksaan di pos-pos kawalan longgar, agak mustahil sedangkan baru-baru ini saya sendiri ke negara jiran, pemeriksaannya agak ketat.

Melainkan orang awam membawanya secara bersembunyi dan memberikan alasan untuk kegunaan sendiri, walhal ia sebenarnya untuk dijual.

Jika difikirkan secara logik, bukan mudah untuk mendapatkan kebenaran membawa makanan dari luar negara kerana status kehalalannya dan kebersihan pembuatan perlu melalui beberapa proses yang agak rumit.

Sehubungan itu, pantaulah perkara ini kerana dikhuatiri barangan jualan itu diragui kehalalannya sebagaimana isu gula-gula yang memiliki tanda halal tetapi mengandungi bahan yang tidak halal.

Kudapan 

Menurut penulis semakin banyak barangan luar negara dijual secara bebas di negara ini khususnya secara dalam talian. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Ratusan bantah sekatan COVID China

BEIJING, 27 NOV – Bantahan terhadap kawalan koronavirus di China yang telah mengurungkan jutaan penduduk di rumah telah merebak ke Shanghai dan bandar lain...
- Advertisment -