Pantau penutupan operasi semasa hari Jumaat

Hari Jumaat merupakan hari yang paling utama dan penghulu segala hari. Pada hari Jumaat ini juga waktu operasi setiap pejabat mahupun kedai berbeza dari hari-hari biasa kerana kebanyakannya ditutup pada waktu tengah hari bagi memberi peluang berlangsungnya Solat Fardu Jumaat di negara ini.

Namun, agak menyedihkan sesetengah pejabat dan kedai ada yang masih melanggar waktu penutupan mereka. Di mana ada yang masih beroperasi pada pukul 12:30-12:45 tengah hari. Wajarkah waktu tersebut baru menghentikan operasi? Bukankah perbuatan sedemikian mengambil kesempatan?

Setahu saya, penutupan dilakukan sekurang-kurangnya pada jam 11:45 pagi dan selewatnya pukul 12 tengah hari bagi memberikan kelonggaran kepada kaum lelaki khususnya untuk bersiap sedia ke masjid dan memberi ruang untuk rehat makan. Dengan waktu penutupan yang dijelaskan, bila masa kami dapat rehat makan? Perlukah kami (kaum lelaki) bergegas untuk bersiap pergi ke masjid?

Ia bukan hanya menjejaskan kami sebagai kaum lelaki, kaum wanita turut merasa terjejas akibat waktu penutupan yang akhir, namun waktu operasi semula lebih awal dan tidak ada masa untuk rehat makan.

“Saya dan mungkin sesetengah orang yang turut mengalami pernah tampil bersuara tentang perkara ini. Namun yang saya dapati kedudukan kami agak goyah apabila melaporkan perkara itu kepada pihak pengurusan.

“Saya berharap pihak berkenaan dapat memantau perkara ini ke atas syarikat-syarikat yang melanggar peraturan ini.”

Ditindas