Pantau sijil halal peniaga makanan

Baru-baru ini, pihak relevan telah mendapati beberapa buah restoran di negara ini belum membuat permohonan sijil halal, menggunakan sijil yang sudah mansuh malah ada yang menggunakan logo Halal Majlis Ugama Islam Brunei tanpa kebenaran.

Syabas diucapkan kepada pihak relevan kerana melaksanakan pemeriksaan sewajarnya ke atas restoran-restoran ini demi kemaslahatan orang awam.

Namun, apa yang saya cuba bangkitkan di sini adakah pihak relevan melakukan tinjauan dan pemeriksaan sijil halal bagi penjual makanan yang menghantar ke kedai-kedai runcit. Memang tidak dinafikan ada kedai-kedai yang mengikut arahan kerajaan untuk meminta sijil halal dari pihak peniaga namun tidak juga mustahil sesetengah kedai kurang menitikberatkannya asalkan mendapat keuntungan.

Kewaspadaan dalam perihal halal haram makanan yang diambil amat penting dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim.

Halal Toyyiban