Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Papan Tanda Kesedaran Awam dirasmi

    Gambar serahan JPM

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 FEB – Majlis Perasmian Papan Tanda Kesedaran Awam yang dikendalikan oleh Pasukan Petugas Keselamatan Pelantar-pelantar Minyak Luar Pantai (TF KPMLP) di bawah Jawatankuasa Kerja Keselamatan Maritim (JKKM) yang diadakan di Penaikan dan Penurunan Perahu Pengkalan Sibabau, Kampung Mentiri telah sempurna dilaksanakan hari ini.

    Papan berkenaan adalah sebahagian daripada usaha berterusan TF KPMLP untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang awam mengenai isu-isu keselamatan perairan khususnya keselamatan para nelayan semasa berada di laut dan juga memberigakan kepentingan menjaga keselamatan pelantar-pelantar minyak luar pantai dan peraturan-peraturan serta undang-undang berkaitan maritim.

    Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) selaku pengerusi JKKM, Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat telah melancarkan perasmian papan tanda berkenaan.

    Majlis berkenaan turut menyaksikan penyerahan Poster Kesedaran Awam oleh Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah kepada Pemangku Penghulu Mukim Mentiri, Pengiran Haji Ismail bin Pengiran Ibrahim dan Pemangku Ketua Kampung Mentiri, Haji Bujang bin Sabtu.

    Turut hadir di majlis perasmian tersebut ialah pengerusi TF KPMLP, ahli-ahli JKKM, ahli-ahli TF KPMLP serta pegawai-pegawai kerajaan.

    Pemerintah ABDB selaku pengerusi JKKM menyerahkan poster berkenaan kepada pemangku penghulu Mukim Mentiri.
    Pemerintah ABDB semasa merasmikan Papan Tanda Kesedaran Awam.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...