Wednesday, April 24, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Papar harga jualan mudahkan pembeli

    Sudah menjadi kebiasaan perniagaan dalam talian sudah semakin terkenal dan meningkat sejajar dengan kemajuan pembangunan dan ekonomi pada masa kini.

    Namun terdapat sesetengah penjual ini ada yang takut untuk memaparkan harga jualan sehingga menyukarkan para pembeli untuk mengetahui harga barangan tersebut.

    Sebagai contoh, sering kita lihat para penjual takut memaparkan harga jualan mereka sehingga memerlukan para pembeli untuk menghantar mesej bertanya secara privasi.

    Namun timbul persoalan kenapa peniaga berbuat demikian?

    Adakah takut disebabkan bersaing dengan peniaga lain atau sebaliknya?

    Saya berpendapat, alangkah lebih baik dipaparkan harga jualan tersebut bagi memudahkan orang ramai untuk mengetahui harganya.

    Jangan takut untuk memaparkan harga jualan disebabkan khuatir barang jualan tidak dibeli.

    Kita sepatutnya tahu dan reda bahawa rezeki dikurniakan oleh Allah SWT sangat luas.

    Dang Seroja

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...