Papu Gomez wira Atalanta

MILAN, 29 JULAI – Atalanta terus mengejar kedudukan tempat kedua di Serie A semalam dengan gol yang dijaringkan oleh Ruslan Malinovskyi dan Papu Gomez pada separuh masa kedua memastikan kemenangan 2-1 ke atas Parma.

Pemain tengah Sweden, Dejan Kulusevski telah berjaya menjaringkan gol menentang bekas kelabnya Parma yang berada di tangga ke-11 sebelum rehat.

Tetapi Malinovskyi kembali menyamakan kedudukan melalui sepakan percuma di minit ke-70 dan Gomez menjadi wira Atalanta apabila berjaya menjaringkan gol enam minit sebelum tamat perlawanan ketika mereka mempersiapkan diri untuk perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara bulan depan menentang Paris Saint-Germain.

Pasukan Gian Piero Gasperini berjaya menempah slot ke Liga Juara-Juara musim depan dan menyasarkan tempat kedua yang bersejarah di liga.

Mereka cuba mengatasi Inter Milan untuk berada di tangga kedua, dua mata di depan pasukan Antonio Conte, namun Inter kembali merampas kedudukan tersebut selepas menang menentang Napoli dan kedua-dua akan pasukan bertemu dalam perlawanan terakhir musim ini pada hujung minggu depan.

Aksi penyerang Atalanta, Papu Gomez ketika melakukan tendangan bola semasa perlawanan Serie A antara Parma dan Atalanta di Stadium Ennio-Tardini di Parma, semalam. – AFP

Inter Milan menewaskan Napoli di Stadium San Siro pada perlawanan lewat semalam dan kembali ke tangga kedua.

Juventus telah merangkul gelaran Serie A berturut-turut, tetapi tiga pasukan masih bersaing untuk menduduki tempat kedua di Serie A antara Inter Milan, Atalanta dan Lazio.

Lazio, kini tiga mata di belakang Atalanta, yang akan menentang Brescia esok.
Parma mendominasi awal perlawanan dengan Kulusevski, pemain pinjaman dari Juventus, meletakkan tuan rumah di depan dua minit sebelum rehat.

Kulusevski yang berusia 20 tahun menjaringkan gol ketiganya dalam semua perlawanan melalui hantaran Ivorian Gervinho.

Atalanta bergelut setelah kehilangan pemain pertahanan Jose Luis Palomino yang cedera dan diragui beraksi untuk perlawanan menentang PSG. – AFP