Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Paqueta bantu kemenangan Lyon

    PARIS, 10 MAC – Pemain antarabangsa Brazil, Lucas Paqueta menjaringkan gol kemenangan untuk membantu Lyon memiliki sedikit kelebihan ketika menumpaskan Porto dalam saingan 16 terakhir Liga Europa.

    Pasukan bimbingan Peter Bosz, yang bergelut di Ligue 1 musim ini, berharap dapat meraih trofi di peringkat Eropah buat kali pertama.

    Paqueta meledak gol kemenangan sebelum aksi berlangsung selama sejam selepas persembahan mengecewakan di separuh masa pertama, apabila dia menerima hantaran Tanguy Ndombele dan melakukan penyudah.

    Gol berkenaan disahkan walaupun disemak melalui Video Bantuan Pengadil (VAR) kerana dikhuatiri ofsaid.

    Lyon sekarang ini semakin yakin untuk mencari slot ke suku akhir apabila akan beraksi di perlawanan kedua di laman sendiri minggu depan.

    “Porto merupakan sebuah pasukan yang mempunyai pemain bagus namun pada pendapat saya kami berhak mencatat kemenangan.

    “Saya sentiasa berkata VAR adalah sangat bagus, kalau tanpa VAR jaringan kami tidak dikira dan pasukan lawan memperoleh penalti.

    “Sudah tentu kami mempunyai kelebihan namun masih ada separuh lagi perjalanan,” kata Bosz.

    Sementara itu, dalam satu lagi saingan, Eintracht Frankfurt berjaya menumpaskan Real Betis 2-1. – AFP

    Aksi Lucas Paqueta meraikan kemenangan pada akhir perlawanan di antara FC Porto dan Lyon di stadium Dragao di Porto, Portugal pada 9 Mac 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...