Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Paqueta sah sertai The Hammers

    LONDON, 30OGOS – West Ham telah menandatangani pemain tengah Brazil, Lucas Paqueta dari kelab Perancis Lyon, menurut apa yang dikatakan oleh pasukan London pada Isnin sebagai pembelian tertinggi ‘rekod kelab’ tersebut.

    Nilai perpindahannya tidak didedahkan oleh The Hammers, walaupun mereka memberitahu Paqueta telah menandatangani kontrak awal lima tahun di Stadium London dengan pilihan pelanjutan satu tahun.

    Ketibaan Paqueta akan meningkatkan pilihan pemain di bahagian serangan dalam skuad David Moyes, dengan The Hammers hanya menjaringkan satu gol dalam empat perlawanan pembukaan Liga Perdana, iaitu semasa Pablo Fornals menjaringkan gol kemenangan 1-0 menentang Aston Villa pada Ahad.

    “Saya gembira berada di sini. Saya harap ia adalah permulaan perjalanan yang menyeronokkan. Saya harap saya berjaya semasa berada di sini,” kata Paqueta, 25, kepada laman sesawang West Ham.

    “Musim lalu, West Ham mengharungi musim yang sangat baik dan saya harap mereka terus menikmati lebih banyak musim yang baik dalam tempoh saya di kelab itu.”

    Paqueta memulakan kerjayanya di Flamengo, sebelum berpindah ke Eropah apabila dia menyertai AC Milan pada 2019.

    Dia kemudian menghabiskan dua musim di Serie A tetapi hanya berjaya menjaringkan satu gol dalam 37 perlawanan liga untuk Rossoneri sebelum berpindah ke Lyon, dia lebih berjaya di sana dengan menjaringkan 21 gol dalam 80 perlawanan di semua pertandingan dan menjadi pemain utama dalam skuad Brazil.

    “Saya gembira mengalu-alukan Lucas ke West Ham,” kata Moyes.

    “Dia seorang pemain yang sangat berbakat dan walaupun dia memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan Liga Perdana, kami teruja untuk menambah satu lagi pemain antarabangsa yang terbukti ke dalam skuad kami.” – AFP

    Ketua Jurulatih West Ham United, David Moyes bercakap pada sidang media sebelum perlawanan selepas perlawanan playoff Liga pada Khamis lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...