Parah diserang beruang

GUA MUSANG, 20 DIS – Seorang lelaki Orang Asli ce-dera parah di kepala, tangan kiri dan kaki kanan apabila diserang seekor beruang ketika sedang mencari buah-buahan bersama seorang rakannya di kawasan hutan Kampung Sempadik, Pos Belatim di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, mangsa Husin Dollah Along, 35, dikatakan bergelut dengan beruang itu kira-kira 15 minit sebelum haiwan berkenaan beredar ke dalam hutan. Rakan Husin, Asem Along, 32, yang terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu bertindak memapah mangsa pulang ke rumah. – Bernama