Thursday, June 1, 2023
34.6 C
Brunei

    -

    Paras oksigen kurang punca jutaan ikan mati

    CANBERRA, AUSTRALIA, 19 MAC – Berjuta-juta ikan telah mati dihanyutkan di tenggara Australia dalam kematian yang menurut pihak berkuasa dan saintis berpunca daripada paras oksigen yang berkurangan di sungai selepas banjir dan cuaca panas baru-baru ini.

    Penduduk bandar Pedalaman Menindee di negeri New South Wales mengadu bau busuk ikan mati. “Bau busuk itu sangat teruk. Saya hampir terpaksa memakai topeng,” kata jurugambar alam semula jadi tempatan Geoff Looney.

    “Saya bimbang tentang kesihatan saya sendiri. Air tersebut betul-betul di bahagian atas turun ke stesen pam bandar kami. Orang di utara Menindee berkata ada ikan kod dan kakap terapung di merata tempat di sungai itu,” katanya.

    Jabatan Industri Utama berkata kematian ikan itu berkemungkinan disebabkan oleh paras oksigen yang rendah ketika banjir surut, situasi yang diburukkan lagi oleh ikan yang memerlukan lebih banyak oksigen kerana cuaca yang lebih panas.

    Polis telah menubuhkan pusat operasi kecemasan di Menindee untuk menyelaraskan pembersihan besar-besaran minggu ini.

    Pengawal Operasi Kecemasan Negeri, Peter Thurtell berkata tumpuan segera adalah untuk menyediakan bekalan air bersih kepada penduduk.

    Kematian ikan secara besar-besaran juga dilaporkan di Sungai Darling-Baaka dalam beberapa minggu kebelakangan ini. – AP

    Bangkai ikan terapung di permukaan sungai Darling-Baaka dekat NSW, Menindee, Australia pada 18 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jentera pelancar udara Korea U jatuh ke Laut Kuning

    SEOUL, 31 MEI – Korea Utara menembak apa yang didakwanya sebagai ‘jentera pelancar angkasa lepas’ ke arah selatan hari ini, namun jatuh ke Laut...
    - Advertisment -