Tuesday, November 28, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Paris berdepan masalah pepijat

    PARIS, 4 OKT – Menteri Kesihatan Perancis, Aurelien Rousseau, kelmarin meminta masyarakat supaya bertenang susulan wabak pepijat yang melanda Perancis, khususnya di Paris.

    “Tiada alasan untuk panik, kita tidak diserang pepijat,” kata Rousseau kepada penyiar France Inter.

    Bagaimanapun, Rousseau mengakui bahawa serangan serangga penghisap darah itu ibarat ‘neraka’.

    Foto dan video menunjukkan penemuan pepijat di pawagam, kereta api dan di metro Paris, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Pengendali pengangkutan awam Paris RATP melaporkan, tiada kes penemuan pepijat yang disahkan dalam perkhidmatannya baru-baru ini.

    Perkara itu akan dibangkitkan di Parlimen oleh parti Renaissance pimpinan Presiden, Emmanuel Macron, yang dilaporkan sedang mengusahakan draf undang-undang pencegahan.

    Parti sayap kiri, La France Insoumise (LFI), menuduh kerajaan gagal bertindak. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih dari 2 minggu, 41 pekerja terowong masih terperangkap

    NEW DELHI, 28 NOV - Pasukan penyelamat di India mula menggali secara manual kelmarin dengan harapan dapat mencapai 41 pekerja binaan yang terperangkap dalam...