PARIS, 13 Okt – Majlis bandar raya Paris kelmarin mengundi untuk meluluskan inisiatif menamatkan siaran pengiklanan digital lebih awal di tempat awam bagi tujuan penjimatan tenaga, lapor Xinhua.
Inisiatif tersebut dibentangkan oleh Parti Hijau Perancis di majlis perbandaran.
“Terdapat kira-kira 9,000 papan pengiklanan digital di Perancis dan dianggarkan 3,000 daripadanya berada di Paris,” presiden Parti Hijau Fatoumata Kone, memberitahu majlis bandar raya itu.
Sejak 23 September, Paris sudah melaksanakan inisiatif penjimatan tenaga dengan mematikan lampu di tempat yang menjadi tarikan orang ramai termasuk Menara Eiffel dan Dewan Bandaraya Paris – Bernama