Paris Hilton jelaskan perpisahannya dengan Chris

Paris Hilton menjelaskan sebab perpisahannya dengan bekas tunangnya, Chris Zylka pada tahun 2018 dan ia merupakan ‘keputusan terbaik’ yang pernah dibuatnya, katanya dalam temu bual baru-baru ini.

Paris Hilton, 39, menjelaskan mengenai masa romantisnya dengan bekas tunangnya, Chris Zylka, 34, dan mengakui dia tidak menyesali perpisahan mereka.

Paris mendedahkan butiran tentang perpisahan mereka apabila dia ditemu bual Cosmopolitan UK untuk isu bulan April dan menjelaskan bahawa dia kini gembira dengan perpisahan itu kerana ia sesuatu yang tidak ‘betul’ baginya.

“Tidak. Itu adalah keputusan terbaik yang pernah saya lakukan dalam hidup saya,” katanya.

“Saya berfikir (dia) bukanlah orang yang tepat dan saya rasa saya seorang wanita yang luar biasa dan saya layak mendapat sesuatu yang luar biasa. Saya hanya merasakannya tidak betul. Saya telah bekerja keras selama ini hanya untuk menyerahkan kehidupan saya kepada seseorang. Mereka perlu sempurna.”

Paris dan Chris, menjalin hubungan percintaan selama dua tahun, dan mengakhiri pertunangan mereka pada bulan November 2018, sepuluh bulan selepas Chris melamar Paris dengan cincin bernilai AS$2 juta, dan sekarang dia menikmati kehidupannya bersendirian. – Agensi

Paris Hilton merasakan perpisahannya dengan bekas tunangnya, Chris merupakan keputusan terbaik yang pernah dilakukan dalam hidupnya. – Agensi