Park Bo Gum ingin lakon jadi lelaki psiko

PELAKON Park Bo Gum memberitahu dia sangat teringin untuk memegang watak sebagai seorang psiko sekiranya diberi peluang.

Menurut laporan Allkpop, Park Bo Gum berkongsi perkara tersebut ketika temu bual bersama Sports Seoul yang bertanyakan mengenai drama terbaharunya, Boyfriend.

“Saya mahu melakonkan watak seorang psiko kalau diberi peluang. Sebelum ini saya pernah melakonkan watak seorang lelaki berubah menjadi psiko.

“Cuma, kalau boleh saya nak kembangkan lagi watak itu. Jalan cerita macam mana dia boleh berubah menjadi seperti itu,” katanya. – Agensi

Park Bo Gum memberitahu dia sangat teringin untuk memegang watak sebagai seorang psiko sekiranya diberi peluang. – Agensi