Park Bo Young tercedera di tangan

Pelakon cantik, Park Bo Young bakal berehat panjang selepas mengalami kecederaan tangan, baru-baru ini.

Agensinya berkata, tangan Park Bo Young pernah cedera sebelum ini dan apabila cedera buat kali kedua dia perlu menjalani pembedahan.

“Disebabkan mengalami kecederaan tangan ketika penggambaran filem, dia perlu mendapatkan rawatan. Baru-baru ini juga dia menjalani pembedahan untuk membuang parut pada tangannya,” kata jurucakap agensi pelakon itu.

Aktres terbabit turut berkongsi mengenai kecederaannya menerusi siaran langsung di V Live dan mendedahkan terpaksa memakai pembalut tangan sepanjang tempoh berehat.

Dia sendiri mengakui terkilan apabila tidak dapat bekerja buat sementara waktu.

Bagaimanapun, dia berjanji akan kembali menjayakan pelbagai projek apabila sudah sembuh.

Park Bo Young membintangi drama Abyss baru-baru ini.

Selepas drama terbabit selesai, dia banyak berkongsi mengenai perkembangan dirinya dengan peminat menerusi siaran V Live. – Agensi

Aktres terbabit turut berkongsi mengenai kecederaannya menerusi siaran langsung di V Live dan mendedahkan terpaksa memakai pembalut tangan sepanjang tempoh berehat. – Agensi