Friday, June 2, 2023
24.7 C
Brunei

    -

    Park Geun-Hye dibidas ahli politik

    SEOUL, 13 Mac – Pemimpin Korea Selatan yang telah disingkirkan, Park Geun-Hye telah dibidas oleh akhbar-akhbar dan ahli-ahli politik hari ini kerana keingkarannya berhubung perintah mahkamah yang telah menamatkan tempohnya sebagai presiden.

    Park telah meninggalkan kompleks presiden Seoul semalam, dua hari selepas Mahkamah Perlembagaan menyokong pendakwaan ke atasnya oleh parlimen dan melucutkan kuasa eksekutif dan hak istimewanya.

    “Ia akan mengambil masa tetapi saya percaya kebenaran akhirnya akan didedahkan,” katanya melalui seorang jurucakap selepas tiba di rumah persendiriannya di Seoul dalam kenyataan pertamanya sejak perintah mahkamah itu.

    Tayangan di televisyen menunjukkan Park yang tersenyum lebar melambai-lambai ke arah beratus-ratus penyokong yang berhimpun sekitar kediamannya, dengan berswafoto dengan beberapa orang ketika ramai melaungkan “Presiden Kami selamanya!”

    Akhbar harian konservatif Dong-A Ilbo, yang telah lama menyokong Park berkata dalam tajuk akhbarnya “Hingga ke akhirnya, tidak ada perkataan penerimaan’ perintah.

    Park Geun Hye tiba di kediaman peribadinya di Seoul, Korea Selatan. – AFP
    Park Geun Hye tiba di kediaman peribadinya di Seoul, Korea Selatan. – AFP

    Beribu-ribu penyokongnya mengadakan bantahan di Seoul selepas keputusan mahkamah, dengan pertempuran ganas yang mengakibatkan tiga orang pembantah maut dan berbelas-belas orang termasuklah polis dan wartawan tercedera.

    Dalam satu editorial, surat khabar harian berhaluan sederhana Joong Ang Ilbo menuduhnya cuba mengapi-apikan penyokong-penyokongnya yang masih ada dan menjejaskan penyiasatan ke atasnya yang akan dijalankan.

    “keingkaran Park Geun-Hye adakah dia cuba memecahbelahkan negara menjadi dua?” ia bertanya.

    Park telah dinamakan sebagai rakan sejenayah penasihat rahsianya yang menjadi tumpuan dalam skandal rasuah dan menggunakan pengaruh yang membawa kepada kejatuhan dramatiknya.

    Rakannya itu, Choi Soon-Sil sedang dibicarakan kerana menggunakan hubungannya dengan Park untuk memaksa firma-firma tempatan untuk ‘menderma’ hampir AS$70 juta kepada yayasan bukan untung Choi yang dikatakan digunakan bagi kepentingan peribadi.

    Park dituduh menawarkan keistimewaan dasar kepada ahli-ahli perniagaan yang telah membayar Choi, termasuklah pewaris syarikat gergasi telefon pintar, Samsung, Lee Jae-Yong, yang didakwa atas tuduhan rasuah dan kesalahan lain.

    Pilihan raya presiden baru mesti diadakan awal Mei, dan ahli politik pembangkang menggesa bagi penyiasatan Park. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun, AS sahkan kerjasama, tentang pelancaran satelit Korea Utara

    TOKYO, 2 JUN - Menteri Pertahanan Jepun, Yasukazu Hamada dan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin mengesahkan kelmarin bahawa kedua-dua negara akan bekerjasama menentang pelancaran...
    - Advertisment -