Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Park Gyuri akui alami tekanan sejak kecil

    Bekas anggota kumpulan Kara iaitu Park Gyuri berkongsi tentang masalah kesihatan mental yang dialaminya sejak sekian lama.

    Dalam satu temu bual di sebuah program televisyen, Gyuri memberitahu selama ini dia lebih selesa untuk tidak bercakap tentang hal tersebut kerana tidak mahu dilihat sebagai seorang yang mempunyai masalah mental.

    Dia juga mendedahkan pernah mengambil tindakan membawa diri jauh daripada orang yang dikenali dan memutuskan hubungan dengan mereka.

    “Disebabkan perwatakan ceria yang sering saya tampilkan, maka sukar untuk saya berkongsi tentang masalah ini. Saya tidak mahu ia memberi kesan kepada anggota kumpulan Kara sebelum ini.

    “Sejak dua tahun kebelakangan ini banyak perkara sukar telah berlaku sehingga emosi saya memuncak pada hujung tahun lalu.

    “Awal tahun ini saya tinggal di daerah Gangneung selama sebulan dan memutuskan hubungan dengan semua orang. Saya memilih untuk bersendirian,” katanya.

    Gyuri juga memberitahu antara punca tekanan yang dialami sejak kecil adalah kerana sentiasa menjaga imej baik dan tidak mahu mencemarkan nama ibunya yang juga merupakan seorang penyanyi.

    “Sejak kecil saya melihat pengorbanan ibu saya. Saya tidak mahu menjadi seorang anak yang mencemarkan nama baiknya,” ujarnya. – Agensi

    Gyuri berkongsi masalah tekanan yang dihidapi sejak kecil. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...