Park Hyung Sik pindah agensi baharu

Park Hyung Sik telah menyertai agensi baharu!

Pada 12 Oktober, wakil-wakil industri melaporkan bahawa pelakon tersebut telah meninggalkan UAA (United Artist Agency) bulan lalu dan berpindah ke agensi baharu, P&Studio, yang ditubuhkan bersama dengan pengurus-pengurusnya yang telah bersamanya semenjak aktiviti ZE:A. Tambahan lagi, Sung Yoo Bin juga dipindahkan dari UAA ke P&Studio.

Berikutan laporan tersebut, UAA mengumumkan, “Park Hyung Sik dan Sung Yoo Bin akan memulakan aktiviti mereka di P&Studio, yang ditubuhkan oleh pengurusan UAA.

Syarikat tersebut menjelaskan lagi, “UAA telah melabur dalam penubuhan P&Studio untuk pelakon-pelakon menjalankan pelbagai aktiviti yang menyeluruh dan kami akan teruskan kerjasama strategik ini.”

Setelah memulakan kerjayanya sebagai anggota ZE:A pada tahun 2010, Park Hyung Sik juga membangun kerjaya lakonan yang berjaya dengan peranan dalam projek-projek termasuk ‘Heirs,’ ‘What Happens to My Family?,’ ‘High Society,’ ‘Hwarang,’ ‘Strong Woman Do Bong Soon,’ dan lain-lain. Drama terbarunya ‘Happiness’ akan ditayangkan pada 5 November. – Agensi

Park Hyung Sik menyertai agensi baharu, P&Studio bersama pengurus-pengurusnya. – Agensi